Sunday, 25 September 2011

Mata Bengkak.

Selamat malam. Hari ini hampir tiba ke penamat. Hari esok menanti dengan pelbagai cabaran.
Traffic jam, no parking sebab kolej yang sempit / keramaian orang berkonvokesyen sekarang, perjalanan yang jauh ke perpustakaan (dugaan), kelas yang menduga sama ada otak berfungsi atau tidak, perjumpaan dengan Supervisor Thesis (Ya Allah!) dan sebagainya.

Tajuk asal tidak selari dengan penulisan entri.

Amboi, mata bengkak sebab ketumbit lettew! Tidak. Seriussssss mata bengkak. Tidak mengapa, malam ini skema sedikit ya.

KEPERCAYAAN itu penting dalam hubungan berpasangan (lelaki-perempuan).
KEPERCAYAAN dan KEIKHLASAN penting dalam hubungan persahabatan (lelaki-lelaki , lelaki-perempuan, perempuan-perempuan, perempuan-lelaki).
KEPERCAYAAN amat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Renung-renungkan jangan tenung jerr. Assalamualaikum.

Saturday, 24 September 2011

McDonald's should look like this!

Bluurrrgghhhhhh!
I'm craving Spicy Chicken McDeluxe and McFlurry, oh please -_-

Thesis.

Good morning. Hari ini akan dipenuhi dengan jalan-jalan. Sedangkan masih banyak kerja yang menanti. Adoi. Takpe, enjoy dahulu, bersusah kemudian. -_-
Pagi yang sunyi ditemani rasa mengantuk yang dibuat-buat, haruslah menyiapkan diri dengan thesis.


APAKAH ITU THESIS?
Thesis adalah sejenis binatang peliharaan yang disimpan sejak semester 4 dan akan ditamatkan pemeliharaannya bila berakhirnya semester 5. Kemudian, praktikal akan menanti dengan penuh cabaran dan dugaan kewangan yang sangat melampaui batas!

Ok, berhenti mengarut. Mulakan tugasan.

Oh, kita makan JACK 'n JILL NIPS RM2.20 dahulu. Okbai.

Menyelerakan? Ummphh!

Monday, 19 September 2011

Siapa kau?

As-salam / Selamat sejahtera.

Ani nama singkatan aku / saya / gua. Nama penuh agak cun dan tidak perlu ditaip di sini atas pengetahuan semua orang. Biarlah rahsia. Sampai masa, kelak kamu / engkau / lu akan tahu jugak.
Aku / saya / gua masih belum sempat memilih / tak terfikir untuk menggunakan bahasa panggilan apa untuk kata ganti diri pertama dan ketiga. Mungkin mengikut kesesuaian entri. Kalau tengah marah takkan nak guna "saya amat marah kat kau!" adalah contoh yang sangat tidak sesuai ya.
Nak aktif balik ber-blog tapi rasanya macam hangat-hangat chicken shit sahaja. Takpe, biar masa yang menentukan segalanya.

Kehkehkeh.